
Dapatkan ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec) online
Perlukan akses pengguguran? Kami di sini untuk membantu! Ubat gugurkan kandungan adalah selamat, berkesan dan dihantar ke rumah anda melalui pos.

Dapatkan preskripsi dari doktor bertauliah dalam tempoh 24 jam

Dalam 70-90euro (sekitar RM360-RM460)

Penghantaran melalui pos berserta nombor penjejakan (tracking number)

Sokongan 24/7 dalam 16 bahasa termasuk Bahasa Malaysia

Terdapat juga khidmat ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec) untuk penggunaan masa hadapan
Cara mendapatkan ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec) melalui pos:
Mulakan konsultasi online sekarang dan ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec) akan dihantar terus ke rumah anda melalui khidmat pos.
Langkah 1: Mulakan konsultasi
Mula dengan menjawab beberapa soalan mengenai kesihatan dan kehamilan anda untuk memastikan anda boleh mendapatkan ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec). Semua maklumat yang anda kongsi adalah rahsia dan dilindungi.
Langkah 2: Pengesahan permohonan
Maklumat konsultasi anda akan disemak oleh doktor perubatan kami. Helpdesk atau meja bantuan kami akan memaklumkan anda mengenai langkah seterusnya, meminta anda untuk menyumbang sebanyak 70-90euro (sekitar RM360-460) atau kurang dan kemudian meluluskan permohonan ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec) anda dalam tempoh 24 jam.
Langkah 3: Tunggu ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec) dihantar ke rumah anda
Dalam tempoh 24 jam selepas pengesahan doktor, ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec) akan dihantar ke rumah anda. Anda akan menerima nombor penjejakan (tracking number) untuk menyemak status penghantaran.
Jika anda mengalami masalah kewangan, sila maklumkan kepada kami setelah proses konsultasi supaya kami boleh membantu anda. Helpdesk atau meja bantuan kami tersedia 24/7 untuk membantu anda: info@womenonweb.org
Mulakan konsultasi anda sekarang:
Berapa harga ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec)?
Harga ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec) tidak sepatutnya mahal. Di Women on Web, ianya berharga 70-90euro (sekitar RM360-460). Anda akan diminta untuk memberi sumbangan untuk mendapatkan ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec). Jika anda mengalami masalah kewangan, sila maklumkan kepada kami supaya kami boleh membantu anda.Jika anda ingin membantu individu lain yang mungkin mengalami masalah kewangan, anda boleh berbuat demikian dengan memberikan sumbangan tambahan.
Jika anda ingin membantu individu lain yang mungkin mengalami masalah kewangan, anda boleh berbuat demikian dengan memberikan sumbangan tambahan.
Ubat gugurkan kandungan apa yang anda akan terima?
Ubat gugurkan kandungan yang anda akan terima adalah gabungan dua jenis ubat iaitu mifepristone and misoprostol. Mula-mula, telan mifepristone bagi menghalang kehamilan daripada berterusan. 24-48 jam kemudian, ambil ubat misoprostol yang akan menyebabkan senggugut dan pendarahan, ini akan membantu mengeluarkan sisa kehamilan dari badan. Kedua-due mifepristone and misoprostol adalah lebih selamat daripada ubat tahan sakit yang biasa digunakan dan tersenarai dalam Senarai Ubat-ubatan Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ubat gugurkan kandungan akan dihantar oleh farmasi rakan kongsi kami yang terletak berhampiran dengan anda dan merupakan pengilang yang disahkan WHO.
Sejauh manakah pengguguran di rumah selamat?
Pengguguran di rumah dalam trimester pertama (12 minggu) adalah 98% lebih berkesan dan selamat daripada bersalin, dan ubat seperti paracetamol (Panadol) atau Viagra. Pengguguran melalui ubat gugurkan kandungan adalah sangat rendah komplikasi dan boleh dilakukan di rumah tanpa bantuan doktor.
Komplikasi serius yang disebabkan oleh ubat gugurkan kandungan adalah sangat jarang. Jika anda rasa seperti mengalami komplikasi, anda boleh menghubungi helpdesk/ meja bantuan dan pasukan perubatan kami di info@womenonweb.org. Anda juga boleh melayari halaman FAQ (Soalan Lazim) untuk sebarangan pertanyaan.