Penyelidikan

Di Women on Web, kami bangga dengan penyelidikan saintifik kami mengenai pengguguran. Proses penyelidikan kami rapi, dan mengandungi inovasi yang didorong oleh pengguna perkhidmatan kami. Protokol kami adalah berasaskan bukti, yang man menyelaraskan perkhidmatan kami dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Komitmen kami terhadap pengguguran selamat yang didorong oleh bukti dan penuh belas kasihan terbukti melalui penyelidikan kami sendiri dan dengan kerjasama dengan universiti, individu dan kolektif di seluruh dunia. Usaha ini mengukuhkan asas untuk advokasi berasaskan bukti dan penggubalan dasar mengenai pengguguran di pelbagai pelosok dunia.

Penyelidikan adalah teras kepada semua yang kami lakukan. Ia memaklumkan jangkauan (outreach), perkhidmatan dan advokasi kami. Kami berkongsi data kami dengan organisasi tempatan untuk menyokong usaha mereka untuk mengembangkan akses pengguguran dan mempengaruhi pembuat dasar di negara mereka.

Penyelidikan perintis kami mengenai perubatan atas talian (telemedicine) dan pengguguran urus sendiri telah secara konsisten menunjukkan keselamatan, keberkesanan dan kebolehterimaan model penjagaan ini. Akhir sekali, kajian kami tentang cara individu mengakses pengguguran atas talian dalam persekitaran yang mengehadkan akses kepada pengguguran telah memainkan peranan penting dalam memaklumkan pembaharuan undang-undang, dan perubahan kawal selia serta meluaskan akses pengguguran di tempat yang paling diperlukan.

Testimonials

We have supported over 100,000 people worldwide in getting safe abortions

Im grateful for this website and those who run it. Living in a state where it’s not legal on top of trying to get out of an abusive relationship while also having 3 children. I am so very very very grateful to you.

Mary, United States

Thank you for your selflessness, empathy, and dedication to supporting individuals like me. Your organization is a beacon of hope and a reminder that there are still people who care deeply about the well-being of others.

Carmelita, Philippines

And so I seeked helped from WoW, and I’m glad I did. After I transferred the donation, the shipment was processed immediately.

Kimsamsoon, South Korea

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.