Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi

Pengisytiharan anda

Rundingan atas talian ini sudah hampir selesai. Berdasarkan segala maklumat yang telah anda berikan setakat ini, anda boleh melakukan pengguguran secara perubatan. 
Sekiranya anda memutuskan untuk tetap meneruskannya selepas bersetuju dengan pengisytiharan ini, segala maklumat anda akan dikongsikan dengan doktor.

Sila baca maklumat yang terma penggunaan yang berikut dengan teliti:

Dokumen ini adalah sebahagian daripada rundingan perubatan atas talian.

Saya bersetuju bahawa segala maklumat yang saya berikan semasa proses rundingan atas talian akan dikongsikan kepada doktor.

Pengguguran secara perubatan terdiri daripada rundingan atas talian, penghantaran ke rumah, dan rundingan susulan atas talian.

Saya mengisytiharkan bahawa saya telah menjawab semua soalan dengan jujur.

Saya mengisytiharkan bahawa saya akan ke doktor dengan segera sekiranya saya mengalami sebarang reaksi alahan atau komplikasi.

Saya mengisytiharkan bahawa saya telah membaca semua maklumat dan arahan dengan teliti sebelum mengambil perubatan pengguguran.

Saya mengisytiharkan bahawa perubatan pengguguran adalah untuk kegunaan diri saya sendiri.

Saya tahu bahawa saya tidak boleh menggunakan ubat-ubatan ini selepas 9 minggu kehamilan, atau sekiranya saya mempunyai kehamilan ektopik, atau mana-mana kontrapenunjukan yang disebut di dalam kertas maklumat.

Saya telah membaca semua maklumat dan tahu bagaimana untuk menggunakan ubat-ubatan pengguguran.

Saya telah menjawab semua soalan perubatan dengan jujur dan semua maklumat yang telah saya berikan semasa melakukan rundingan atas talian adalah benar dan saya bersetuju bahawa maklumat tersebut boleh digunakan tanpa nama untuk analisis secara statistik dan penerbitan.

Saya sedar akan sebarang kemungkinan berlakunya kesan sampingan dan komplikasi dari pengguguran secara perubatan yang telah saya mohon.

Saya memasuki perjanjian ini atas kehendak dan pilihan saya sendiri tanpa sebarang paksaan.

Saya memasuki perjanjian ini atas tanggungjawab saya sendiri.

Saya bertanggungjawab sepenuhnya untuk melakukan proses pengguguran secara perubatan dan menggunakan ubat-ubatan pengguguran yang telah saya mohon.

Saya mengisytiharkan bahawa saya bertanggungjawab untuk melakukan ujian ultrasound dan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan biasa untuk memastikan bahawa saya tidak mempunyai sebarang penyakit atau kecacatan yang boleh membuatkan khidmat rawatan pengguguran secara perubatan ini tidak sesuai untuk saya.

Saya sedar bahawa tiada doktor, jururawat, atau sesiapa pun yang boleh menjamin pengguguran secara perubatan yang telah saya mohon ini akan memberikan hasil seperti yang dijangkakan. Saya faham bahawa pengguguran secara perubatan yang telah saya mohon ini boleh memberi kesan sampingan atau akan gagal.

Dengan menghantar boring ini saya mengisytiharkan bahawa saya telah membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan seperti yang dinyatakan dalam TERMA PENGGUNAAN dan saya memahami bahawa Women on Web tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam hal yang berkaitan dengan pengguguran secara perubatan atau perundingan yang telah saya mohon.

The full terms of use can be read in English here

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.