Ubat gugurkan kandungan (Mifepristone dan Misoprostol)
Semua yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone danMisoprostol. Ubat gugurkan kandungan adalah selamat, berkesan, dan boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan melalui pos.
Semua info perubatan disemak secara berkala oleh doktor perubatan. Semakan didorong oleh protokol perubatan, penyelidikan, dan nasihat dasar yang baharu.

Cara mendapatkan ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec) online
Setiap tahun, ribuan wanita dan individu memperoleh ubat gugurkan kandungan melalui Women on Web. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang penyakit yang kronik, hamil tidak lebih dari 10 minggu, dan tidak dapat mengakses perkhidmatan pengguguran dengan selamat di negara anda, kami boleh membantu anda.
Helpdesk/ meja bantuan yang terlatih dan disokong oleh doktor perubatan sedia berkhidmat 7 hari seminggu, dalam 16 bahasa dan boleh menjawab sebarang pertanyaan dari anda sebelum, semasa, dan selepas proses pengguguran. Meja bantuan ini akan menyokong anda tanpa rasa prejudis serta memberi maklumat mengenai cara untuk melakukan pengguguran. Mereka akan menerangkan cara menggunakan ubat gugurkan kandungan dengan betul, apa reaksi yang akan dialami, dan cara mengenal pasti sebarang komplikasi.
Perkhidmatan ubat gugurkan kandungan melalui pos
- Preskripsi ubat gugurkan kandungan diluluskan dalam tempoh 24 jam
- Dalam 70-90euro (sekitar RM360-RM460)
- Nombor penjejakan (tracking number) akan diberikan
- Perkhidmatan 7 hari seminggu dalam 16 bahasa termasuk Bahasa Malaysia
Konsultasi online untuk ubat gugurkan kandungan
Konsultasi online untuk ubat gugurkan kandungan sama seperti mendapatkan khidmat doktor secara fizikal. Soalan di borang konsultasi akan bertanya mengenai kehamilan dan sejarah perubatan anda untuk mengesahkan jika ianya selamat untuk anda menggunakan servis ubat gugurkan kandungan online. Semua maklumat yang anda berikan adalah rahsia dan sulit.
Berapa harga ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec)?
Ubat gugurkan kandungan berharga 70euro (sekitar RM360). Anda akan diminta untuk memberi sumbangan untuk mendapatkan ubat gugurkan kandungan. Jika anda mengalami masalah kewangan, sila maklumkan kepada kami supaya kami boleh membantu anda.
Jika anda ingin membantu individu lain yang mungkin mengalami masalah kewangan, anda boleh berbuat demikian dengan memberikan sumbangan tambahan.
Mengenai ubat gugurkan kandungan (Mifepristone dan Misoprostol)
Ubat gugurkan kandungan adalah gabungan dua jenis ubat iaitu mifepristone dan misoprostol. Mula-mula, telan mifepristone bagi menghalang kehamilan daripada berterusan. 24-48 jam kemudian, ambil ubat misoprostol yang akan menyebabkan senggugut dan pendarahan, ini akan membantu mengeluarkan sisa kehamilan dari badan.
Ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol adalah:
- Lebih selamat dari ubat tahan sakit seperti paracetamol (Panadol).
- Tersenarai dalam Senarai Ubat-ubatan Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
- Dihantar oleh farmasi rakan kongsi kami
- Dihasilkan oleh pengilang yang disahkan WHO.
Cara menggunakan ubat gugurkan kandungan (sebelum 12 minggu)
Ubat gugurkan kandungan adalah sejenis ubat yang digunakan untuk menghentikan kehamilan (juga dikenali sebagai pengguguran secara perubatan (medical abortion), pengguguran urus sendiri (self-managed abortion) atau pengguguran di rumah (at-home abortion).
Apabila menggunakan ubat gugurkan kandungan, pilih ruang yang mempunyai privasi di mana anda boleh berehat dan kekal hidrat. Jika boleh, minta supaya seseorang yang anda percaya untuk menemani anda untuk sokongan.
Ubat gugurkan kandungan merupakan gabungan dua jenis ubat, Mifepristone dan Misoprostol. Jika Mifepristone tidak boleh didapati di negara anda, anda boleh melakukan pengguguran secara perubatan dengan menggunakan Misoprostol sahaja.
Pengguguran dengan ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol
Pengguguran dengan ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol merupakan kaedah pengguguran yang berkesan dan biasa digunakan. Ubat Mifepristone yang berfungsi menghalang hormon yang diperlukan untuk meneruskan kehamilan perlu diambil dahulu. 24 jam kemudian, ubat Misoprostol diambil yang berfungsi mengendurkan dan membuka serviks dan menyebabkan pengecutan dalam rahim, ini membantu mengeluarkan sisa kehamilan dari badan. Pengguguran dengan ubat Mifepristone dan Misoprostol boleh mengambil masa sehingga 2 minggu atau lebih sehingga haid keluar untuk selesai. Namun demikian, kebanyakan wanita dan individu boleh meneruskan aktiviti harian mereka selepas 1-2 hari.
Kami sarankan untuk menggunakan ubat Misoprostol di bawah lidah anda untuk memastikan tiada sisa boleh ditemui di dalam vagina anda.
Sekiranya anda perlu mendapatkan rawatan perubatan, ubat Misoprostol tidak boleh ditemui dalam sebarang ujian darah. Oleh itu, tiada cara untuk membuktikan bahawa ada cubaan untuk menghentikan kehamilan.
Sila layari halaman Soalan Lazim kami untuk arahan dan maklumat yang lebih komprehensif tentang cara menggunakan ubat gugurkan kandungan.
Pengguguran dengan ubat gugurkan kandungan Misoprostol/ Cytotec sahaja
Jika tiada ubat Mifepristone, pengguguran boleh dilakukan dengan hanya menggunakan ubat Misoprostol (juga dikenali sebagai Cytotec).
Ubat gugurkan kandungan Misoprostol (pil gugur Cytotec) boleh didapati di kebanyakan farmasi tempatan dan ini mungkin pilihan yang lebih selamat kerana anda dapat mengakses ubat gugurkan kandungan dengan lebih cepat. Untuk pengguguran urus sendiri, anda memerlukan 12 biji ubat Misoprostol (pil gugur Cytotec) untuk tempoh masa 6-7 jam.
Jika anda hanya menggunakan ubat gugurkan kandungan Misoprostol (pil gugur Cytotec), adalah penting untuk anda ketahui usia kehamilan anda. Jika anda melakukan pengguguran menggunakan ubat gugurkan kandungan Misoprostol (pil gugur Cytotec) selepas 12 minggu, risiko seperti pendarahan, sakit dan komplikasi meningkat (sama seperti pengguguran menggunakan ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol selepas 12 minggu).
Kalkulator kehamilan
Ramai orang dapat mengenal pasti yang mereka sedang hamil berdasarkan perubahan pada badan mereka. Simptom awal adalah seperti tidak datang haid (jika aktif melakukan hubungan seks), loya, payudara yang sakit dan bengkak, serta kelesuan.
Kajian menunjukkan bahawa wanita dan individu boleh menganggar sendiri usia kehamilan dengan tepat.
Cuba ingat semula hari pertama haid terakhir dan kira hari sehingga hari ini untuk mengira usia kehamilan. Kaedah ini boleh menganggar tempoh kehamilan dengan agak tepat.
Namun demikian, satu-satunya cara untuk memastikan anda hamil adalah dengan menggunakan ujian kehamilan (hanya tepat apabila digunakan pada hari pertama anda tidak datang haid) atau pengimejan ultrasound (menunjukkan kehamilan kira-kira seminggu selepas tidak datang haid).
Jika anda memerlukan ubat gugurkan kandungan, Women on Web boleh membantu anda sehingga usia kehamilan 10 minggu.
Adakah ubat gugurkan kandungan selepas 12 minggu selamat?
Terdapat pelbagai sebab untuk pengguguran selepas 12 minggu atau dalam tempoh 12-24 minggu. Ini merangkumi sebab seperti hanya mengetahui mengenai kehamilan pada trimester kedua disebabkan haid yang tidak teratur, lewat mengetahui mengenai cara pengguguran yang selamat dan kekangan kewangan untuk mengakses servis pengguguran atau bertukar fikiran kerana keadaan persekitaran telah berubah.
Servis online Women on Web hanya boleh diakses sehingga usia kehamilan 10 minggu. Ini membolehkan tempoh 1-2 minggu untuk anda memperoleh ubat gugurkan kandungan melalui penghantaran pos.
Jika anda perlu mengambil ubat gugurkan kandungan selepas 12 minggu kerana kelewatan dalam menerima bungkusan dari farmasi, kami mengesyorkan agar anda berada berdekatan hospital, klinik atau pusat kesihatan.
Walau bagaimanapun, risiko komplikasi bertambah dan berkemungkinan anda perlu menerima rawatan perubatan selepas itu.
Pengguguran dengan ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol selepas 12 minggu jauh lebih selamat daripada kaedah pengguguran yang tidak selamat.
Kaedah seperti memasukkan objek yang tajam ke dalam faraj, minum atau memasukkan bahan kimia yang toksik ke dalam faraj, atau trauma kepada abdomen anda adalah sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
*Jika anda berada di Poland, Women on Web akan memberikan ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol percuma kepada mereka yang ingin menghentikan kehamilan pada trimester kedua disebabkan keabnormalan janin.
Pengguguran surgikal vs pengguguran menggunakan ubat gugurkan kandungan
Terdapat dua jenis kaedah pengguguran: Pengguguran surgikal dan pengguguran menggunakan ubat gugurkan kandungan.
Pengguguran surgikal adalah prosedur kecil yang mengeluarkan kehamilan melalui kaedah surgikal. Prosedur yang disyorkan dan paling biasa dikenali sebagai aspirasi vakum. Ia dilakukan oleh pegawai perubatan terlatih dan memerlukan anda berada di klinik atau hospital.
Pengguguran menggunakan ubat gugurkan kandungan ialah pengguguran dengan ubat. Ramai wanita memilih kaedah ini kerana ia kurang invasif dan tidak memerlukan anestesia atau instrumen. Proses ini boleh diuruskan sendiri di rumah menjadikannya pilihan yang lebih peribadi, dan ada yang mengatakan ia berasa lebih semula jadi kerana ia menyerupai haid atau keguguran. Pengguguran di rumah mengurangkan keperluan untuk ke klinik atau hospital dan mengatur penjagaan anak dan komitmen kerja. Individu boleh melakukan pengguguran dengan lebih awal, selamat dan kurang mengganggu rutin harian mereka.
Walaupun di sesetengah negara hanya terdapat pengguguran surgikal, akses kepada pengguguran surgikal dan Pengguguran menggunakan ubat gugurkan kandungan adalah satu keperluan yang penting dan sensitif masa.
Risiko dan kesan sampingan ubat gugurkan kandungan
Pengguguran dengan ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol ialah cara yang selamat dan berkesan untuk menghentikan kehamilan (98% kadar keberkesanan). Kesan sampingan ubat gugurkan kandungan adalah sama seperti mengalami keguguran.
Terdapat beberapa risiko kesihatan dan kesan sampingan yang perlu dipertimbangkan, tetapi pengguguran dengan ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol adalah perkhidmatan kesihatan moden yang telah diuji secara meluas dan digunakan oleh berjuta wanita dan individu di seluruh dunia.
Kesan sampingan ubat gugurkan kandungan (Mifepristone and Misoprostol)
Selepas melakukan pengguguran dengan ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol, anda boleh menjangkakan beberapa kesan sampingan. Untuk mengurangkan ketidakselesaan, anda boleh mengambil ubat penahan sakit (NSAIDs) seperti Ibuprofen atau Diclofenac sebelum anda melakukan pengguguran.
Kesan sampingan ubat gugurkan kandungan:
- Senggugut
- Sakit perut
- Pendarahan termasuk darah beku dan tisu (lihat di bawah untuk info lanjut)
Kesan sampingan lain ubat gugurkan kandungan:
- Rasa loya
- Muntah
- Sakit kepala
- Pening
- Cirit birit (diarea)
- Panas badan (Hot flashes)
- Demam
Jika mana-mana gejala terasa ekstrem dan berterusan selama beberapa hari selepas mengambil ubat gugurkan kandungan Misoprostol, anda harus mendapatkan rawatan perubatan.
Pendarahan selepas mengambil ubat gugurkan kandungan
Selalunya pendarahan merupakan tanda pertama bahawa pengguguran telah bermula. Pendarahan akan berterusan dan senggugut akan menjadi lebih sakit. Pengguguran dengan ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol mirip haid yang berat. Semakin lama kehamilan, semakin sakit senggugut dan banyak pendarahan. Pendarahan yang paling banyak biasanya berhenti 1 hingga 2 jam selepas tisu kehamilan keluar dari badan.
Mengenali komplikasi ubat gugurkan kandungan
Risiko komplikasi ubat gugurkan kandungan adalah sangat rendah (kurang daripada 0.4% mengalami komplikasi yang serius). Risiko ini hampir sama seperti anda mengalami keguguran dan ianya dirawat dengan cara yang sama.
Jika anda mengalami mana-mana gejala ini, anda harus mendapatkan rawatan perubatan.
Tanda-tanda anda mungkin mengalami komplikasi selepas pengguguran ialah:
Pendarahan yang terlalu banyak
Jika pendarahan berlarutan selama lebih daripada dua jam dan menyebabkan penggunaan dua atau lebih tuala wanita maxi setiap jam, atau anda mula berasa pening atau pengsan (ini adalah tanda kehilangan darah yang terlalu banyak), anda harus mendapatkan rawatan perubatan segera. Ubat tambahan atau kadangkala pnegguguran surgikal (aspirasi vakum) mungkin diperlukan untuk merawat pendarahan yang terlalu banyak, tetapi biasanya dos tambahan Misoprostol akan menghentikan pendarahan. Pemindahan darah mungkin diperlukan dalam situasi yang sangat jarang berlaku (kurang daripada 0.2%).
Jika anda perlu mendapatkan rawatan perubatan, apabila anda pergi ke hospital dan jika ada, letakkan dua ubat Misoprostol di bawah lidah anda untuk membantu mengurangkan pendarahan. Pastikan anda telan atau ludahkan ubat Misoprostol sebelum memasuki hospital.
Demam panas
Demam yang sangat panas mungkin tanda jangkitan. Ia adalah perkara biasa untuk demam ringan (di bawah 100.4 F/38 C) dalam tempoh 24 jam selepas mengambil ubat gugurkan kandungan tetapi jika demam bertambah teruk atau berterusan melebihi satu atau dua hari, anda mungkin mengalami komplikasi. Jika ini berlaku, anda harus dapatkan rawatan perubatan kerana anda mungkin memerlukan antibiotik atau aspirasi vakum untuk membuang tisu kehamilan.
Alahan
Alahan boleh berlaku selepas mengambil ubat gugurkan kandungan. Beberapa simptom alahan ringan yang biasa adalah kulit gatal, ruam, atau benjolan gatal yang timbul pada permukaan kulit. Reaksi ini mungkin akan hilang sendiri atau boleh dirawat dengan antihistamin. Jika anda mengalami reaksi yang lebih teruk seperti bengkak, sesak nafas, pening, pengsan, atau sakit dada, anda harus mendapatkan rawatan perubatan segera.
Jika anda mengalami mana-mana gejala ini, anda harus mendapatkan rawatan perubatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai proses pengguguran, sila layari halaman FAQ (Soalan Lazim) kami.
Bagaimana jika ubat gugurkan kandungan tidak berkesan?
Pengguguran dengan ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol adalah 98% berkesan dan mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti keguguran. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa risiko yang anda perlu ketahui.
Kehamilan berterusan
Satu risiko ialah ubat gugurkan kandungan tidak menghentikan kehamilan. Jika anda terus mengalami gejala kehamilan selepas mengambil ubat gugurkan kandungan, seperti mual atau payudara rasa sakit, kemungkinan kehamilan anda tidak berjaya dihentikan. Anda disyorkan melakukan ujian kehamilan selepas 3 minggu untuk mengesahkan anda tidak lagi hamil. Penting untuk menunggu sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum anda melakukan ujian kehamilan kerana hormon kehamilan masih ada dalam badan dan ini boleh menyebabkan ujian kehamilan yang positif.
Pengguguran tidak lengkap
Risiko seterusnya ialah anda boleh melakukan pengguguran yang tidak lengkap. Ini bermakna kehamilan telah berhenti tetapi masih ada tisu kehamilan dalam rahim anda. Jika tisu yang tinggal kekal di dalam badan anda, anda boleh mengalami komplikasi seperti pendarahan yang banyak atau jangkitan. Jika anda mengalami sakit perut yang tidak hilang selepas beberapa hari, pendarahan terlalu banyak (melebihi haid biasa), demam, atau pendarahan berpanjangan, anda mungkin mengalami pengguguran yang tidak lengkap. Anda juga akan mendapat ujian kehamilan yang positif tiga minggu selepas pengguguran jika pengguguran tidak lengkap. Oleh itu, anda harus menjalani pengimejan ultrasound untuk mengesahkan tiada tisu yang tinggal di dalam badan anda. Jika anda tidak mempunyai sebarang tanda komplikasi, anda boleh mengambil dua lagi ubat gugurkan kandungan Misoprostol untuk mengeluarkan sisa tisu yang tinggal.
Kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim
Akhir sekali, ubat gugurkan kandungan tidak akan berkesan jika anda mengalami kehamilan ektopik atau luar rahim. Kehamilan luar rahim adalah apabila janin berada di luar rahim (biasanya dalam tiub fallopio). Dalam kes ini, pil tidak akan berkesan dan anda perlu mendapatkan rawatan perubatan. Kehamilan luar rahim jarang berlaku tetapi boleh membawa kepada risiko kesihatan yang serius dan perlu dirawat dengan segera. Jika anda mengalami kesakitan yang teruk atau berterusan selepas pengguguran dengan ubat gugurkan kandungan, terutamanya di satu bahagian, anda mungkin mengalami kehamilan ektopik. Adalah penting untuk memastikan kehamilan anda telah berhenti menggunakan ujian kehamilan selepas tiga minggu. Jika ujian anda positif, adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan kerana anda mungkin mengalami kehamilan ektopik.
Untuk maklumat lanjut mengenai komplikasi pengguguran dengan ubat gugurkan kandungan, sila layari halaman FAQ (Soalan Lazim) kami.
Pengguguran tidak selamat yang perlu dielak
Terdapat pelbagai maklumat palsu mengenai sesetengah kaedah pengguguran yang sering diuar-uarkan sebagai selamat di internet. Walaupun sesetengah kaedah mungkin kelihatan menarik, seperti produk semula jadi yang jauh lebih murah dan berada di sekitar rumah, anda harus mengelak daripada menggunakan kaedah ini untuk menghentikan kehamilan. Kaedah-kaedah ini tidak berkesan dan boleh membawa risiko kesihatan yang serius. Komplikasi seperti pengguguran yang tidak lengkap, jangkitan, pendarahan yang sangat banyak, boleh berlaku, bahkan ianya mampu mengancam nyawa.
Di mana sahaja pengguguran tidak dibenarkan atau dihadkan dari segi undang-undang, wanita atau individu sering menggunakan kaedah yang tidak selamat untuk menghentikan kehamilan mereka.
Hanya kaedah pengguguran surgikal dan pengguguran menggunakan ubat gugurkan kandungan didapati selamat dan berkesan. Jangan ambil sebarang larutan toksik, atau memasukkan objek tajam ke dalam badan anda, atau mencederakan diri sendiri untuk menghentikan kehamilan.
Mulakan konsultasi anda sekarang untuk mendapatkan ubat gugurkan kandungan.
Kaedah pengguguran tidak selamat yang perlu dielak:
Herba dan teh
Sesetengah kaedah pengguguran alternatif mungkin kelihatan selamat, seperti menggunakan herba dan teh semulajadi. Malangnya, kaedah ini mungkin berisiko dan boleh menjadi toksik. Malah herba dan rempah ratus biasa yang anda gunakan setiap hari boleh mendatangkan risiko kesihatan jika digunakan secara tidak betul.
Herba yang lazimnya diuar-uarkan untuk pengguguran/keguguran dirujuk sebagai herbal abortifacients atau emmenagogues (ubat untuk meransang haid). Ia sering dipercayai dapat merangsang haid, mendorong rahim untuk mengecut dan mengeluarkan sisa kehamilan. Beberapa jenis abortifasien yang sering digunakan adalah wormwood, yarrow, safflower, peony, chamomile, mugwort, dan herba-herba lain yang tinggi jumlah minyak patinya. Buah-buahan, beri, dan juga vitamin C juga selalu digunakan kerana dipercayai boleh menyebabkan pengguguran. Walau bagaimanapun, keberkesanan ramuan herba dan tumbuh-tumbuhan untuk menyebabkan pengguguran sering kali dipertikaikan dan kebanyakannya memerlukan pengambilan dalam jumlah yang tinggi dan toksik untuk memberi kesan yang diinginkan. Pengambilan petua dan penawar untuk menghentikan kehamilan boleh berisiko tinggi dan selalunya memerlukan rawatan kesihatan, dan ia bukanlah kaedah pengguguran yang boleh dipercayai.
Sebatian tinktur atau bahan kimia
Larutan atau bahan kimia yang terdapat di sekitar rumah anda, walaupun mungkin kelihatan seperti tidak berbahaya, tidak boleh sesekali digunakan untuk menyebabkan pengguguran. Sebatian tinktur atau ramuan buatan sendiri boleh menjadi toksik dan memerlukan rawatan perubatan segera.
Penggunaan larutan kimia seperti cecair pembersih atau peluntur adalah amat berbahaya dan tidak harus dicuba sama sekali.
Ubat tahan sakit atau ubatan yang boleh dibeli di farmasi
Anda hanya boleh menggunakan ubat-ubatan yang terdapat di rumah anda seperti yang diarahkan atau yang ditentukan oleh ahli perubatan profesional. Menggunakan sebarang ubat yang tidak sesuai untuk menyebabkan pengguguran boleh menyebabkan risiko kesihatan yang serius.
Sekiranya anda berniat untuk menghentikan kehamilan dengan menggunakan ubat gugurkan kandungan, anda perlu sentiasa peka dengan penjual-penjual palsu yang menyamar sebagai pembekal ubat gugurkan kandungan yang sah. Penjualan ubat-ubatan palsu bukanlah satu hal yang jarang berlaku, terutamanya di Internet, dan ubat gugurkan kandungan juga tidak terkecuali. Pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu sebelum membeli atau memesan ubat gugurkan kandungan untuk mengesahkan bahawa ia datang dari sumber yang boleh dipercayai.
Layari laman Women on Waves untuk info mengenai penjual gugurkan kandungan palsu.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai pengguguran tidak selamat dari WHO.
Undang-undang ubat gugurkan kandungan
Undang-undang pengguguran di seluruh dunia sangat berbeza, ada yang melarang pengguguran sama sekali dan ada yang menyediakan perkhidmatan pengguguran berdasarkan permintaan atau on-demand abortion. Di negara yang melarang pengguguran atau hanya membenarkannya untuk menyelamatkan nyawa, pengguguran masih berlaku.
Senarai ini mengandungi ubat-ubatan yang dianggap sangat penting untuk memenuhi keperluan paling asas bagi mana-mana sistem kesihatan awam. WHO mengiktiraf pengguguran sebagai isu kesihatan awam dan menyokong penggunaan ubat gugurkan kandungan sebagai cara yang selamat dan berkesan untuk menghentikan kehamilan.
Dapatkan ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec) melalui pos dari Women on Web
Anda boleh mendapatkan preskripsi untuk ubat gugurkan kandungan dari Women on Web dan kemudian ubat gugurkan kandungan akan dihantar terus ke rumah anda melalui khidmat pos.
Ini adalah cara untuk mendapatkan ubat gugurkan kandungan melalui pos:
1. Mulakan konsultasi untuk ubat gugurkan kandungan
Anda perlu menjawab beberapa soalan mengenai kesihatan and kehamilan anda untuk memastikan anda boleh mendapatkan ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec). Semua maklumat yang anda kongsi adalah rahsia dan dilindungi.
2. Doktor akan mengesahkan permohonan anda untuk ubat gugurkan kandungan
Maklumat konsultasi anda akan disemak oleh doktor perubatan kami. Helpdesk atau meja bantuan kami akan meminta anda untuk menyumbang sebanyak 70-90euro (sekitar RM360-460) atau kurang dan kemudian meluluskan permohonan ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec) anda dalam tempoh 24 jam.
3. Ubat gugurkan kandungan akan dipos ke rumah anda
Dalam tempoh 24 jam selepas pengesahan, ubat gugurkan kandungan (pil gugur Cytotec) akan dihantar ke rumah anda. Anda akan menerima nombor penjejakan (tracking number) untuk menyemak status penghantaran.
Jika anda mengalami masalah kewangan, sila maklumkan kepada kami setelah proses konsultasi supaya kami boleh membantu anda.
Helpdesk atau meja bantuan kami berupaya memberi sokongan 24/7 dan sepanjang proses pengguguran di info@womenonweb.org