Bagaimana jika anda mempunyai jenis darah RH -?


Dikarang Oleh: Hazal Atay

Ditulis Pada:

Disemak Oleh: Ellen Wiebe

Disemak Pada: 03/06/2025

Kebiasaannya para doktor akan menasihati wanita yang melakukan pengguguran (secara pembedahan) atau keguguran atau kelahiran anak untuk mendapatkan suntikan glubolin anti-D. Sebabnya ialah jika janin mempunyai darah jenis positif dan terdapat pertukaran darah, wanita tersebut akan membuat antibodi di dalam darahnya yang boleh memberi kesan kepada bayi yang akan dilahirkan pada masa yang akan datang.
Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan pada pengguguran awal yang dilakukan secara perubatan dan keguguran spontan yang terjadi semasa trimester pertama (12 minggu pertama) telah membuktikan bahawa tiada atau terdapat sedikit sahaja pertukaran yang akan terjadi di antara wanita tersebut dan janin, dan wanita tersebut tidak membuat sebarang jumlah antibodi yang signifikan yang boleh menjejaskan janin seterusnya yang akan datang.62 , 107

Oleh itu, kami tidak menasihatkan anda untuk mendapatkan suntikan glubolin anti-D. Tetapi jika anda berasa ragu, anda perlu berjumpa dengan doktor atau ke hospital sejurus selepas melakukan pengguguran secara perubatan. Beritahu mereka bahawa anda mengalami keguguran dan darah anda adalah resus -; doktor mungkin akan membuat keputusan untuk tetap memberikan anda suntikan globulin anti-D, bergantung kepada pendapat mereka.

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.