Bagaimana untuk mengetahui sekiranya anda mengalami jangkitan selepas pengguguran?


Dikarang Oleh: Hazal Atay

Ditulis Pada: 08/08/2013

Disemak Oleh: Catherine St Cyr

Disemak Pada: 03/06/2025

Jangkitan disebabkan oleh pengguguran perubatan amat jarang sekali terjadi. Sekiranya anda berasa lemah, loya, muntah, cirit-birit, demam yang berterusan selama lebih dari 24 jam ataupun lebih tinggi dari  100.4 F/ 38 C, kesakitan di perut anda, sekiranya perut anda terasa tegang, ataupun anda mengalami pendarahan yang banyak atau untuk tempoh yang lama, atau anda mempunyai discaj vagina yang berbau busuk, anda mungkin mengalami jangkitan, dan anda patut pergi ke doktor dengan segera. Jangkitan ini sepatutnya dirawat dengan antibiotik.

Demam yang bermula sebaik sahaja pengambilan Misoprostol dan bertahan kurang dari 24 jam dan kurang dari  100.4 F/ 38 C adalah kesan sampingan biasa. Sekiranya demam melebihi 24 jam atau lebih tinggi dari  100.4 F/ 38 C, anda harus mendapatkan bantuan perubatan.

Pengguguran perubatan adalah alternatif yang lebih selamat di mana pengguguran secara pembedahan adalah berbahaya untuk kesihatan perempuan, atau di tempat di mana pengguguran yang selamat dikawal. Risiko jangkitan lebih tinggi apabila perempuan mendapat anak dari apabila dia menjalani pengguguran perubatan.

Maklumat saintifik tambahan:

“Jangkitan selepas pengguguran tidak ditentukan dengan satu jenis jangkitan dalam penyelidikan tentang pengguguran perubatan.33   Jangkitan yang paling kerap dilaporkan adalah endometritis, iaitu jangkitan pada dinding rahim dan saluran genital. Ia mungkin melibatkan jangkitan pada organ reproduktif dan sistem perkumuhan.  Clostridium sordellii sepsis adalah satu lagi jangkitan selepas pengguguran yang sangat jarang. Doktor telah mengkaji satu kes di mana seorang perempuan mati kerana komplikasi dari  Clostridium sordellii sepsis dan ditentukan bahawa dengan jangkitan disebabkan oleh pengguguran perubatan, kes ini tidak mengurangkan sedikitpun keberkesanan pengguguran perubatan menggunakan Mifepristone dan Misoprostol. 11  Clostridium sordellii juga boleh menyebabkan jangkitan yang membawa maut kepada perempuan yang baru sahaja melahirkan. Ia bukanlah jangkitan yang hanya menjangkiti perempuan yang menjalani pengguguran perubatan. 39

Clostridium sordellii telah menimbulkan perhatian kepada tanda-tanda dan simptom yang luar biasa dan berbeza tentang jangkitan ini – ketiadaan demam tetapi hipotensi refraktori, hemokonsentrasi, efusi dalam banyak rongga serosa, dan leukositosis dramatik. Seorang perempuan Kanada mati pada tahun 2001 disebabkan oleh jangkitan bakteria yang sama dalam keadaan yang lebih kurang sama. Aspek yang membuat fikiran terganggu dalam kes ini seperti yang diterangkan oleh Fischer et al dalam jurnalnya turut menceritakan yang berikut: kesemua perempuan adalah muda dan sihat; mereka menjalani prosedur yang selamat (tiada bukti yang ditemui semasa bedah siasat tentang tinggalan hasil kehamila; presentasi klinikal mereka biasa sahaja kerana mereka mengalami kekejangan, iaitu sangat biasa selepas pengguguran, dan tiada demam, dan mereka semua meninggal dunia sebaik sahaja presentasi. Sebagaimana tragiknya kematian perempuan muda dan sihat ini, mereka adalah antara kes terpencil tanpa kaitan patopsikologikal kepada kaedah pengguguran ini. Pesakit sepatutnya sudah tahu tentang risiko ini sebelum mereka bersetuju untuk menjalai prosedur dan bersedia sekiranya ada simptom selepas prosedur ini bermula. 62

 

Kebanyakan penyelidikan tentang pengguguran perubatan melaporkan tiada jangkitan, walaupun terdapat beberapa kes terpencil. 26 Sepuluh kes jangkitan dilaporkan dari 80,000 perempuan yang telah menjalani pengguguran perubatan menggunakan Mifepristone di Amerika Syarikat. 15 Sekumpulan penyelidik telah menilai banyak penyelidikan perubatan dan merumuskan “Jangkitan selepas prosedur pengguguran perubatan adalah keadaan yang jarang berlaku, dalam <1% dari  46,400 kes, kurang dari kekerapan jangkitan selepas pengguguran secara pembedahan. 33 Mereka juga menyatakan bahawa “…kekerapan jangkitan dilaporkan selepas prosedur pengguguran perubatan (0.92%) adalah lebih rendah dari yang dilaporkan selepas penggguguran secara pembedahan atau kelahiran.  33

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.