Apakah kontraindikasi dan bagaimana untuk anda mengetahui sekiranya anda mengalaminya?


Dikarang Oleh: Hazal Atay

Ditulis Pada: 15/08/2013

Disemak Oleh: Catherine St Cyr

Disemak Pada: 02/06/2025

Kontraindikasi adalah keadaan atau situasi di mana anda mungkin tidak boleh menggunakan Mifepristone-Misprostol dengan selamat. Ini adalah keadaan yang anda sendiri sudah sedia maklum.

Membuat semakan untuk kontraindikasi melalui Internet sama sahaja dengan proses semakan semasa berjumpa dengan doktor. Doktor akan mengenalpasti kontraindikasi ini dengan bertanya kepada pesakit sekiranya dia menghidapi mana-mana keadaan perubatan ini.

Anda mungkin tahu atau tidak tahu sekuranya anda alah kepada salah satu ubat-ubatan ini, namun reaksi alahan kepada ubat ini adalah jarang sekali (0.008%) dan sangat kecil.

Maklumat saintifik tambahan:

 

Perempuan biasanya sudah mengetahui bahawa mereka mempunyai alat dalam rahim (IUD), gangguan pendarahan atau kegagalan adrenal kronik; sekiranya mereka sedang menjalani terapi corticosteroid jangka panjang, ataupun mempunyai alahan terhadap Mifepristone, Misoprostol atau lain-lain jenis postaglandin. 7 Seseorang itu mungkin atau mungkin tidak tahu sekiranya mereka alah atau tidak kepada salah satu ubat-ubatan ini, tetapi reaksi alahan terhadap ubat-ubatan ini adalah jarang sekali. Dalam sebuah kajian yang melibatkan 80,000 orang perempuan yang telah menggunakan Mifepristone-Misoprostol, 6 perempuan (0.008%) daripada mereka mengalami alahan ringan setelah menggunakan Mifepristone. 15 Dalam 6 kes ini, perempuan ini telah kegatalan pada kulit. Kesemua daripada mereka telah dirawat dengan antihistamine dan meneruskan pengambilan misoprostol tanpa senarang masalah. 15

 

Kesemua kontraindikasi terhadap Mifepristone dan Misoprostol, selain daripada usia kehamilan…adalah jarang sekali dan berdasarkan sejarah perubatan yang sudah diketahui oleh perempuan. Doktor boleh membuat semakan dengan bertanyakan soalan kepada mereka. 7

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.