Bagaimana untuk menamatkan kehamilan dengan pil Mifepristone dan Misoprostol?


Dikarang Oleh: Hazal Atay

Ditulis Pada: 27/08/2013

Disemak Oleh: Ellen Wiebe

Disemak Pada: 02/06/2025

Untuk menamatkan kehamilan sehingga minggu ke-12 kehamilan, ubat-ubatan ini harus digunakan seperti berikut:

  • Pertama, anda harus menelan satu tablet Mifepristone
  • 24 jam kemudian, letakkan 4 tablet Misoprostol di bawah lidah anda dan biarkan ia di situ selama 30 minit, sehingga semua tablet itu cair. Anda boleh menelan air liur anda Selepas 30 minit, anda boleh telan kesemua baki tablet tersebut.

 

Kami menyarankan dengan tegas untuk anda menggunakan Misoprostol di bawah lidah anda. Dengan cara ini, tidak ada baki tablet yang boleh ditemui sekiranya anda perlu pergi ke hospital. Tidak ada ujian darah yang boleh menunjukkan anda telah mengambil Misoprostol, jadi tidak ada cara untuk membuktikan anda cuba untuk menjalani pengguguran.

 

  • Sekiranya anda mengalami pendarahan yang kurang dari yang dijangka dan anda ragu bahawa pengguguran telah bermula, 3 jam selepas menggunakan Misoprostol, letakkan 2 tablet Misoprostol di bawah lidah anda, dan biarkan ia di situ sehingga 30 minit, sehingga semua tablet telah cair. Selepas 30 minit, anda boleh telan kesemua baki tablet tersebut.
  • Sekiranya anda masih tidak mengalami pendarahan dan anda mempunyai beberapa tablet Misoprostol, anda boleh terus mengambil 2 lagi tablet Misoprostol di bawah lidah anda, dan biarkan ia di situ sehingga 30 minit, sehingga semua tablet telah cair. Selepas 30 minit, anda boleh telan kesemua baki tablet tersebut.
  • Anda boleh mengulang maksimum 5 dos Misprostol, secara keseluruhan.

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.