Apa saja gejala atau reaksi alergi?


Dikarang Oleh: Hazal Atay

Ditulis Pada: 27/08/2013

Disemak Oleh: Ellen Wiebe

Disemak Pada: 03/06/2025

Reaksi alahan boleh menyebabkan tanda-tanda yang berbeza, dari ringan hingga teruk.

 

Reaksi yang ringan dapat dialami seperti gatal-gatal, lepuhan atau bengkak kecil yang menyakitkan di dalam atau di sekitar mulut anda. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas ubat tersebut larut.

 

Untuk reaksi alahan sederhana yang umum, anda akan merasakan tangan anda kebas, kesesakan hidung, mata yang bengkak, serta ruam dan gatal-gatal di kulit anda. Lebih baik jika anda berhenti menggunakan Misoprostol sekiranya anda mengalami reaksi alahan yang sedemikian. Anda boleh menggunakan ubat yang dipanggil antihistamines (contohnya promethazine dan clemastine) untuk merawat reaksi alahan tersebut.

 

Di dalam kes reaksi alahan teruk yang terpencil dan jarang berlaku, anda akan mula merasakan tekanan di dada anda, rasa pening dan mual, muka yang bengkak, kesukaran untuk bernafas, pitam dan pengsan. Sekiranya anda mengalami tanda-tanada tersebut, anda perlu ke hospital dengan segera, kerana ini adalah keadaan yang amat berbahaya.

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.