Adakah melakukan pengguguran sendiri di rumah sukar?


Dikarang Oleh: Hazal Atay

Ditulis Pada: 08/08/2013

Disemak Oleh: Catherine St Cyr

Disemak Pada: 02/06/2025

Anda boleh mengambil Mifepristone dan Misoprostol sendiri.

Menggunakan Mifepristone dan Misoprostol sama dengan menggunakan ubat-ubatan lain. Anda akan mendapat arahan yang jelas untuk menggunakan ubat-ubatan ini, apa yang boleh dijangka, dan bila anda perlu berjumpa doktor. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang mana-mana langkah dalam proses ini, anda boleh menghubungi talian bantuan. Pengguguran perubatan tidak perlu dilakukan di hospital atau klinik kecemasa.

 

Risiko pengguguran perubatan sama seperti keguguran. Sekurang-kurangnya 15% dari kehamilan berakhir dengan keguguran. Keguguran ini tidak berlaku di hospital, sebaliknya di rumah. Kebanyakan perempuan tahu bagaimana untuk menghadapinya sendiri dan hanya perlu pergi ke hospital sekiranya timbul masalah seperti pendarahan berlebihan ataupun demam. Pengguguran perubatan merangsang keguguran. Anda boleh mengambil ubat-ubatan ini sendiri di rumah asalkan anda tidak hamil lebih dari 10 minggu dan tinggal dalam jarak 1 jam dari pusat perubatan.

 

http://www.who.int/reproductivehealth/publications/unsafe_abortion/abortion-task-shifting/en/

http://www.who.int/reproductivehealth/publications/unsafe_abortion/9789241548434/en/

 

Penggunaan Mifepristone di rumah

  • Kajian prospektif, tidak rawak tentang penggunaan Mifepristone di rumah bagi tujuan pengguguran perubatan di Amerika Syarikat. Contraception.2015 Sep;92(3):215-9. doi: 10.1016/j.contraception.2015.06.026.
  • Penerimaan dan kebolehlaksaan pengguguran perubatan terhadap pesakit luar dengan Mifepristone dan Misoprostol, sehingga 70 hari kehamilan di Singapura. Eur J Obstet Gynecol Reprod Biol.2018 Aug 28;229:144-147.
  • Kajian prospektif tentang penggunaan Mifepristone dan Misoprostol di rumah untuk tujuan pengguguran perubatan, sehingga 10 minggu kehamilan di Kazakhstan. Int J Gynaecol Obstet.2016 Sep;134(3):268-71.
  • Kajian prospektif terbuka tentang penggunaan Mifepristone di rumah untuk tujuan pengguguran perubatan di Nepal. Int J Gynaecol Obstet.2015 Mar;128(3):220-3. doi: 10.1016/j.ijgo.2014.09.022.

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.