Adakah selamat untuk melakukan rundingan untuk pengguguran sendiri melalui Internet?


Dikarang Oleh: Hazal Atay

Ditulis Pada: 08/08/2013

Disemak Oleh: Ellen Wiebe

Disemak Pada: 03/06/2025

Rundingan atas talian sama seperti rundingan dengan bertemu muka. Semasa rundingan atas talian, doktor akan bertanya beberapa soalan kepada anda untuk mendapatkan semua maklumat yang diperlukan untuk memastikan anda boleh menjalani pengguguran perubatan dengan selamat. Doktor bergantung dengan maklumat yang anda berikan, sama seperti rundingan dengan bertemu muka.

 

Terdapat beberapa sebab mengapa anda tidak boleh menggunakan ubat-ubatan ini untuk menjalani pengguguran. Anda tidak boleh menggunakan ubat-ubatan tersebut sekiranya:

 

  • seseorang memaksa anda untuk menamatkan kehamilan anda.
  • anda berasa tidak pasti untuk menamatkan kehamilan anda.
  • hari pertama tempoh haid terakhir anda adalah lebih dari 10 minggu yang lalu.
  • anda mempunyai alahan terhadap Mifepristone, Misoprostol, atau prostaglandins
  • anda mempunyai salah satu dari penyakit tersebut: kegagalan adrenal kronik, kegagalan hati, masalah pendarahan, penyakit keturunan porphyries. (Adalah amat jarang sekali untuk anda menghidapi penyakit ini dan tidak tahu langsung mengenainya)
  • Anda mengalami kehamilan ektopik (kehamilan luar rahim)
  • Anda tidak dapat pergi ke hospital atau pusat rawatan kecemasan dalam masa satu jam
  • Anda bersendirian. Anda patut mengajak pasangan, rakan, atau orang yang boleh dipercayai untuk menemani anda ketika anda menggunakan ubat-ubatan ini.

 

Sekiranya anda mempunyai alat dalam rahim (IUD, kami menasihatkan untuk mengeluarkannya terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat-ubatan tersebut, jika boleh.

 

Pengguguran perubatan dijalankan pada 10 minggu pertama kehamilan mempunyai risiko yang rendah untuk komplikasi. Risiko ini sama seperti apabila anda mengalami keguguran biasa. Masalah ini boleh dirawat dengan mudah oleh doktor.

 

Maklumat saintifik tambahan:

Membuat semakan untuk kontraindikasi melalui Internet sama sahaja seperti proses semakan apabila seseorang perempuan berjumpa dengan doktor sebagai pesakit. Doktor akan mendapat tahu tentang kontraindikasi dengan bertanya kepada pesakit sekiranya dia mempunyai mana-mana keadaan perubatan yang tersenarai. “Semua kontraindikasi terhadap Mifepristone-Misoprostol, selain daripada usia kehamilan, adalah amat jarang dan berdasarkan sejarah perubatan, dan selalunya sudah diketahui oleh pesakit. Doktor boleh membuat semakan terhadap mereka dengan bertanya sekiranya mereka mempunyai keadaan perubatan tersebut.”

Quick Links

Pasukan kami didorong oleh nilai feminis

Sebagai kolektif, kami berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah di mana sesiapa sahaja boleh mengakses pengguguran dengan hormat dan bermaruah.

Semua tentang ubat gugurkan kandungan

Ini yang anda perlu tahu mengenai ubat gugurkan kandungan Mifepristone dan Misoprostol. Ubat yang anda terima adalah selamat, berpatutan, dan boleh didapati melalui pos.

Ada sebarang soalan?

Maklumat yang diberikan di sini sentiasa dikemaskini dengan penemuan kajian saintifik yang terbaharu.

Sokongan anda membolehkan kerja kami

Derma sebanyak €90 boleh memberi seorang wanita atau individu hamil akses kepada perkhidmatan kesihatan penting ini. Anda juga boleh terlibat dengan menyertai rangkaian kami.