
Tentang Women on Web
Pasukan kami didorong oleh nilai feminis
Misi kami
Women on Web impikan dunia di mana pengguguran diiktiraf sebahagian daripada hidup dan boleh didapati secara bebas.
Women on Web ialah organisasi bukan berasaskan keuntungan Kanada yang memudahkan akses kepada ubat gugurkan kandungan online.
Perkhidmatan ubat gugurkan kandungan online kami memudahkan akses kepada pengguguran berkualiti tinggi untuk wanita dan Individu hamil mengikut kehendak mereka sendiri.
Kami merupakan sebuah pasukan antarabangsa yang terdiri daripada aktivis, penyelidik dan doktor perubatan yang menyokong anda dalam 16 bahasa, di hampir 200 buah negara.
Sejak tahun 2005, pasukan kami telah menyokong lebih 100,000 orang untuk mengakses pengguguran selamat dengan ubat gugurkan kandungan dan membalas lebih 1 juta emel.
Kami menjalankan penyelidikan mengenai pengguguran atas talian (telemedicine) dan pengguguran urus sendiri dan memberikan orang ramai maklumat yang boleh dipercayai, tanpa rasa prejudis dan praktikal mengenai ubat gugurkan kandungan.
Melalui penyelidikan dan amalan, kami menggunakan pengetahuan dan pengalaman kami untuk melaksanakan advokasi di peringkat global untuk demedikalisasi, menghapuskan stigma dan dekriminalisasi pengguguran.
Cerita kami
Women on Web diasaskan oleh Dr Rebecca Gomperts, seorang doktor dari Belanda dan aktivis pengguguran yang terkenal. Pada tahun 1999, beliau memulakan Women on Waves yang melayari kapal ke negara-negara di mana pengguguran adalah sangat terhad, dan membawa wanita dan individu hamil ke perairan antarabangsa di mana pengguguran boleh diberikan secara sah di sisi undang-undang. Pada tahun 2005, beliau melancarkan Women on Web, perkhidmatan pengguguran online antarabangsa (telemedicine) yang pertama. Perkhidmatan ini berjaya serta-merta, boleh diakses di mana sahaja pengguguran tidak dibenarkan atau terhad dan menghasilkan penyelidikan yang meyakinkan mengenai keselamatan dan keberkesanan ubat gugurkan kandungan. Terima kasih kepada Dr Gomperts, hari ini pengguguran online (telemedicine) adalah cara yang biasa yang diamalkan untuk menamatkan kehamilan, dan disokong oleh bukti saintifik terbaik.
Kini, Women on Web berfungsi di interseksi teknologi digital dan akses pengguguran. Kami beroperasi dalam landskap teknologi yang kompleks melibatkan penapisan Internet, sistem algoritma dan penyederhanaan kandungan platform. Kami melindungi aliran maklumat pengguguran yang bebas di ruang digital dan menggunakan litigasi strategik untuk memperjuangkan hak digital dan pengguguran.
Nilai kami
Feminisme dan ekuiti
Sebagai sebuah organisasi feminis, kami memperjuangkan hak wanita dan individu hamil untuk membuat keputusan mutlak mengenai tubuh dan masa depan mereka. Kami ingin menghayati nilai-nilai feminis dengan membina budaya kepelbagaian dan inklusif yang berasaskan penjagaan dan penghormatan. Kami mahu berjuang secara solidariti sesama sendiri, pengguna servis kami dan gerakan pengguguran global.
Kepercayaan dan ketelusan
Kami percaya bahawa wanita dan individu hamil tahu apa yang mereka perlukan; kami percaya maklumat yang mereka berikan; dan kami percaya mereka dapat membuat pilihan yang berinformasi berdasarkan maklumat yang kami sediakan. Kami mengamalkan ketelusan dengan memaklumkan pengguna servis kami mengenai batasan perkhidmatan kami dan tentang pilihan lain yang tersedia supaya mereka dapat membuat pilihan yang berinformasi.
Maju terus walaupun berhadapan dengan cabaran
Kami sentiasa mencari cara baharu untuk membolehkan akses pengguguran, dan mengatasi cabaran yang baru dan berterusan.